Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Leeds dijangka ganti Javi Gracia dengan Sam Allardyce

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leeds-united-v-west-bromwich-albion-premier-league-elland-road.jpg
Leeds United dijangka akan melantik Sam Allardyce dalam usaha untuk mengelakkan penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kelab itu diberitakan akan membawa haluan berbeza dengan pengurus semasa, Javi Gracia, dan Allardyce dilaporkan akan mengambil alih peranan itu dalam waktu terdekat.

Prestasi buruk di Elland Road musim ini menyaksikan Leeds kini menduduki tangga ke-17 EPL dan hanya dibezakan jumlah jaringan dengan zon penyingkiran.

Mereka tewas empat daripada lima perlawanan terakhir tanpa kemenangan dan hanya memiliki baki empat perlawanan untuk mengubah nasib itu.

Allardyce dijangka akan diumumkan sebagai pengurus baru pasukan itu dalam masa terdekat, sehari selepas pemergian pengarah bola sepak mereka, Victor Orta.
 

Advertisement

Must Watch Video