Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Le Bris puji semangat juang Sunderland tumbangkan Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sunder.jpg
Ketua jurulatih Sunderland, Regis Le Bris, memuji semangat juang anak buahnya selepas bangkit menewaskan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Enzo Maresca terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keempat permainan menerusi Alejandro Garnacho sebelum Wilson Isidor menyamakan kedudukan pada minit ke-22.

Ketika kedua-dua pasukan seakan perlu berpuas hati berkongsi mata, Chemsdine Talbi yang masuk selaku pemain gentian menjaringkan gol kemenangan untuk Sunderland berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini dengan 17 mata.


 


"Ia persembahan yang bagus terutamanya selepas dibolosi dengan jaringan awal, selepas 15 minit permainan kami menemui keseimbangan yang tepat.

"Kami mempunyai kualiti dalam penguasaan bola. Saya tidak terlau menukar corak permainan, begitulah cara kami mahu membina permainan ini.

"Apabila anda berada di padang, ia berbeza. Secara emosi, saya berasakan kadangkala sukar mencari keseimbangan yang betul.

"Kami mempunyai skuad yang masih muda, dengan pengalaman terhad. Jadi, kami perlu belajar daripada situasi yang berbeza." katanya.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video