Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Klopp teruja lihat sentuhan Nunez makin berbisa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nunez.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, memuji peningkatan yang dilakukan oleh Darwin Nunez musim ini selepas sumbangan pentingnya dalam kemenangan 3-1 ke atas West Ham.

Gol keempat pemain antarabangsa Uruguay musim ini -- bilangan jaringan sama dengan Mohamed Salah -- cukup penting dalam mengubah perlawanan ke arah tuan rumah selepas tandukan Jarrod Bowen menafikan gol pembukaan Mohamed Salah.

Jaringan pemain gantian Diogo Jota memastikan kemenangan kelima berturut-turut Liga Perdana Inggeris untuk melonjakkan The Reds ke tempat kedua dalam carta liga, namn kualiti Nunez cukup menarik perhatian dalam perlawanan di Anfield.

“Dia telah menampilkan peningkatan yang mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Dia kini seorang ancaman buat pasukan lawan. Anda semua melihat jaringannya, Sangat berkualiti,” kata Klopp.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video