ASTON VILLA 1 LIVERPOOL 3
Jurgen Klopp mahu Liverpool menjadi pasukan 'yang menjengkelkan' buat pasukan di kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Aston Villa 3-1 di Villa Park awal pagi tadi.
Liverpool mengecilkan jurang dengan pasukan di tangga keempat, Tottenham, kepada lima mata selepas Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Stefan Bajcetic menemui sasaran dalam kemenangan kali ini.
Pada ketika Klopp mengakui jurang 15 mata di antara pasukannya dan pendahulu liga, Arsenal, sudah terlalu besar, dia kini meletakkan fokus untuk mereka memberikan tekanan kepada pasukan dalam kelompok empat teratas.
"Baiklah, kami perlu menjadi pasukan yang menjengkelkan buat semua orang, Itulah caranya. Dan sudah pasti kami harus mengejar mereka," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
"Kami tidak berada di posisi yang baik, terdapat jurang di antara kami dan pasukan lain, kita semua tahu perkara itu.
"Dua atau tiga pasukan teratas mungkin sudah terlalu jauh. Jika mereka menang kesemua perlawanan, kami memang sudah tiada peluang.
"Kami perlu melakukan tugas kami dan ia bermaksud memenangi perlawanan bola sepak dan kemudian kita akan lihat seberapa rapat kami dapat mengejar mereka," katanya.

— Liverpool FC (@LFC) December 26, 2022