Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Kemenangan ke atas Newcastle akan beri Leeds lonjakan besar untuk kekal dalam liga -- Allardyce

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leeds-boss-sam-allardyce.jpg
Pengurus Leeds United, Sam Allardyce, percaya pasukannya akan mendapat lonjakan besar untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan seandainya dapat menewaskan Newcastle United malam esok.

Allardyce, yang dilantik Leeds selaku pengurus baru sejak lapan hari lalu sebagai taruhan terakhir untuk mereka kekal dalam liga divisyen perdana itu, akan menguruskan perlawanan pertamanya di Elland Road pada ketika kelab itu sedang menduduki tangga kedua tercorot dengan dibezakan dua mata daripada zon selamat berbaki tiga perlawanan musim ini.

Bekas pengurus England itu berkata: "Perkara paling besar boleh berlaku adalah tidak kalah. Jika kami dapat tiga mata, saya rasa 40 atau 50 peratus kami akan selamat.

"Kami masih perlu memenangi beberapa perlawanan. Kami tidak dapat kekal (dalam EPL) dengan hanya 30 mata. Jika kami mendapatkan sembilan lagi mata, kami akan kekal. Jika kami mendapat enam mata, kami mungkin akan kekal.

"Saya mahu kami masih berpeluang sehingga perlawanan terakhir menentang Tottenham," katanya.

Allardyce menambah: "Ia masih belum tamat jika kami kalah esok tetapi untuk memberikan kami peluang terbaik, kami perlu mencuba untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video