Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Kehadiran semula Martin Odegaard bukan satu kebetulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

odegaard.jpg
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, menegaskan bahawa kehadiran semula ketua pasukan, Martin Odegaard, bukanlah satu kebetulan terhadap kemenangan 3-0 bedepan Nottingham Forest di Stadium Emirates, malam tadi.

Kejayaan menumpaskan pasukan lawan itu merupakan kemenangan ke-2000 Arsenal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sekembalinya Odegaard selepas kecederaan buku lali semasa bersama Norway menjadi tonik tambahan buat The Gunners menggapai kemenangan selesa menerusi bantuan jaringannya itu.
 

Pengaruh pemain berusia 25 tahun itu jelas membantu Arsenal, yang mempamerkan permainan bertenaga sepanjang aksi berlangsung.

"Ia bukan satu kebetulan, malah permainan menjadi berbeza tatkala kedatangan semula Odegaard memberi impak berlainan kepada seluruh pasukan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video