WEST HAM UNITED 1 AFC BOURNEMOUTH 1
Kalvin Phillips berdepan mimpi ngeri dalam penampilan pertamanya bersama West Ham apabila kesilapan sewaktu sentuhan pertamanya memberikan Bournemouth gol pembukaan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London awal pagi tadi.
Pemain tengah England itu, yang tiba secara pinjaman daripada Manchester City dalam jendela perpindahan kali ini, secara tidak sengaja membantu jaringan Dominic Solanke kurang tiga minit selepas sepak mula.
Mujur James Ward-Prowse berhasil menyempurnakan sepakan penalti dalam babak kedua untuk West Ham menutup perlawanan itu dengan keputusan 1-1.
Phillips, yang memulakan perlawanan EPL buat kali pertama musim ini, pasti tidak mahu mengingati penampilan pertamanya.
Hantaran Kurt Zouma kepadanya di dalam kawasan sendiri jelas menyukarkannya dan Phillips kemudian segera dipintas oleh Ryan Christie.
Pemain tengah Cherries itu kelihatan melakukan sentuhan bola menuju ke arah Solanke, yang jelas ofsaid.
Bagaimanapun, semakan video bantuan pengadil (VAR) menunjukkan bahawa Phillips sebenarnya telah menolak bola kepada Solanke, sekali gus membenarkan jaringan berkenaan.