Harry Maguire akan melaporkan diri bersama skuad kebangsaan England minggu depan selepas kembali dipilih sebagai pertahanan tengah utama di Manchester United.
Ketika kali terakhir skuad bimbingan Gareth Southgate itu dikumpulkan bulan lalu, Maguire hanya memulakan dua perlawanan buat United di bawah bimbingan Erik ten Hag tetapi kini, dia kembali menjadi pilihan utama pengurus itu untuk bergandingan dengan pemain veteran, Jonny Evans, sekali gus mengetepikan Raphael Varane dan Victor Lindelof.
Maguire dan Evans hanya mula digandingkan sejak musim panas lalu, di mana ketika itu Maguire hampir pasti meninggalkan Old Trafford dan Evans pula tiba secara ejen bebas selepas meninggalkan Leicester City.
Evans ketika ini sedang mengalami kecederaan, sekali gus menyaksikan akan ada perubahan di posisi itu menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Luton Town malam ini tetapi Ten Hag berkata prestasi Maguire ketika ini sudah mengatasi Varane, yang sebelum ini merupakan benteng utama United sepanjang musim lalu.
"Harry Maguire sedang melakukan yang amat baik ketika ini dan saya amat gembira mengenainya," kata Ten Hag.
"Seperti yang selalu saya katakan, Harry Maguire mampu memainkan peranannya dan kini, dia telah menunjukkan bahawa dia boleh melakukannya.
"Tahun lalu, Harry tidak banyak bermain, jadi saya amat gembira dengan persembahan Rapha. Saya sentiasa gembira dengan persembahannya tetapi buat masa ini, Harry bermain dengan amat baik dan terdapat persaingan dalaman di sini," katanya.