EVERTON 2 MANCHESTER UNITED 2
Gol perdana Manuel Ugarte bersama Manchester United melengkapkan kebangkitan pasukan itu untuk mengikat Everton 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park malam tadi.
Penyudah voli pemain kebangsaan Uruguay itu memastikan United mengelak daripada tewas tiga perlawanan liga berturut-turut.
The Tofees berkelebihan selesa dalam babak pertama apabila Beto meletakkan mereka di depan pada minit ke-19 selepas memanfaatkan tandukan awal Abdoulaye Doucoure.
Doucoure kemudian menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-33 dengan tandukan dari jarak dekat.
Bagaimanapun, kapten United, Bruno Fernandes, merapatkan jurang menerusi sepakan percuma gemilangnya pada minit ke-72, yang merupakan percubaan tepat pertama pelawat sepanjang perlawanan itu, sebelum Ugarte menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80.
Dengan keputusan itu, Everton kekal satu anak tangga dan satu mata di atas United dengan menduduki tangga ke-14 EPL dengan 31 mata.