Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Garnacho lengkapkan kemenangan Manchester United ke atas Wolves

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alejandro-garnacho-sealed-the-win.jpg
MANCHESTER UNITED 2 WOLVERHAMPTON WANDERERS 0

Alejandro Garnacho kembali daripada kecederaan dengan aksi memukau ketika pemain remaja itu melengkapkan kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Wolves dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford lewat malam tadi.

Dua kekalahan berturut-turut sebelum ini, masing-masing kepada Brighton dan West Ham, telah membuka ruang buat seteru terdekat, Liverpool, untuk merapatkan jurang kepada satu mata dalam pemburuan penamat empat teratas musim ini, di mana pasukan bimbingan Erik ten Hag itu berisiko tidak layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

United, bagaimanapun, mengurangkan tekanan itu dengan kemenangan terbaru mereka hasil penyudah jarak dekat Anthony Martial pada minit ke-32 sebelum pemain gantian, Garnacho, menjaringkan gol dalam waktu kecederaan untuk melengkapkan kemenangan berkenaan.

Hantaran bijak Antony membenarkan Martial memperoleh jaringan pembukan, yang merupakan gol kelimanya dalam saingan EPL musim ini.

Garnacho, yang dimasukkan pada minit ke-82 bagi menggantikan Jadon Sancho, kemudian memanfaatkan sepenuhnya lorongan Bruno Fernandes sebelum memperdayakan Nelson Semedo dan menewaskan Dan Bentley menjelang penghujung perlawanan itu.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video