Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Garnacho beri tanda suka di laman sosial kritik Ten Hag

garnacho.jpg
Alejandro Garnacho mungkin menempah akibat buruk berikutan aktivitinya di media sosial apabila memberi tanda suka di X yang mengkritik pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Garnacho memulakan perlawanan tetapi dikeluarkan kerana kesilapannya berhampiran kawasan tengah mengundang kepada gol pembukaan Bournemouth.

Selepas perlawanan itu, Ten Hag tidak segan silu menjelaskan mengapa dia begitu pantas untuk nenukar pemain antarabangsa Argentina berkenaan. 

"Kami kehilangan beberapa bola di kawasan yang kami tidak sepatutnya," katanya pengurus itu.

“Jika anda melihat gol pertama, pergerakan kami adalah baik tetapi di kawasan itu anda tidak sepatutnya kehilangan bola tetapi ia masih bukan gol. Kami juga berdepan masalah bertahan di bahagian kanan dalam separuh masa pertama. Selepas rehat, kami membaikinya.




“Saya rasa kami perlu membaiki bahagian kanan. Kami tidak bermain dengan baik, kami tidak memanfaatkan ruang yang ada. Jadi kami terpaksa membuat pertukaran." 

Peminat tegar The Red Devils, Mark Goldbridge, turut membidas keputusan pengurus Belanda itu kerana tindakannya tidak membuahkan hasil.

Garnacho kemudian memberi tanda suka kepada dua hantaran Goldbridge di X selepas perlawanan itu. 

Ramai peminat dapat menghidu kedua-dua tanda suka itu sebelum pemain berusia 19 tahun tersebut memadamnya sendiri, namun ia sudah terlambat."


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video