Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Erling Haaland sumbat hatrik ketika Manchester City belasah Fulham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

erling-haaland.jpg
MANCHESTER CITY 5 FULHAM 1

Erling Haaland menyumbat gol hatrik dalam separuh masa kedua ketika pasukan juara bertahan, Manchester City, meraih kemenangan selesa 5-1 ke atas Fulham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad malam tadi.

Penyerang prolifik Norway itu melengkapkan hari gemilang City selepas Fulham menuju ke bilik persalinan dalam suasana tegang berikutan jaringan kontroversi Nathan Ake pada penghujung separuh masa pertama.

Ake pada ketika itu kembali meletakkan City di depan selepas Tim Ream memadamkan gol pembukaan Julian Alvarez.

Fulham berasakan jaringan Ake tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Manuel Akanji, yang berada di kedudukan ofsaid, kelihatan terlibat dengan jaringan itu.

City, terutamanya Haaland, membuktikan mereka berada di satu tahap berbeza selepas waktu rehat untuk meraih satu lagi kemenangan tanpa pengurus, Pep Guardiola, yang sedang menjalani pemulihan pembedahan belakang di Barcelona.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Sabtu, 13 Dis
11:00 PM
Chelsea-team-logo Chelsea
Everton-team-logo Everton
11:00 PM
Liverpool-team-logo Liverpool
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
Ahad, 14 Dis
01:30 AM
Burnley-team-logo Burnley
Fulham-team-logo Fulham
04:00 AM
Arsenal-team-logo Arsenal
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
10:00 PM
Sunderland-team-logo Sunderland
Newcastle United-team-logo Newcastle United
10:00 PM
West Ham United-team-logo West Ham United
Aston Villa-team-logo Aston Villa
10:00 PM
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Manchester City-team-logo Manchester City
10:00 PM
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Isnin, 15 Dis
12:30 AM
Brentford-team-logo Brentford
Leeds United-team-logo Leeds United
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video