Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag, bersedia untuk terus kekal di Old Trafford selepas terselamat dalam satu tinjauan berkenaan mengenai masa depannya.

United mengejutkan pasukan jiran, Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris apabila meraih kemenangan 2-1 di Stadium Wembley, bulan lepas dan kemenangan itu sekaligus menjadi trofi kedua kelab itu dalam dua musim.



The Red Devils menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kelapan sekali gus menjadi penamat tercorot mereka dalam saingan itu.

Begitupun, United dikhabarkan telah memuktamadkan kajian semula bagi musim 2023-2024 dan sedang memulakan rundingan berkenaan lanjutan kontrak buat Erik Ten Hag.

Sebelum ini, Mauricio Pochettino, Thomas Tuchel, Kieran McKenna dan Gareth Southgate antara nama yang dikatakan bakal menjadi pengganti sebelum kelab itu terus komited dengan masa depan mereka bersama Ten Hag.