MAN UTD 2 EVERTON 2
\Bruno Fernandes melabel prestasi Manchester United sebagai malas selepas The Red Devils terikat 2-2 dengan Everton di Atlanta, Georgia.
United turun dalam perlawanan pemanas terakhir dalam Siri Musim Panas Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Mercedes-Benz, Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan Bryan Mbeumo membuat penampilan sulung bersama rakan baru di bahagian serangan, Matheus Cunha.
Fernandes -- yang beroperasi lebih jauh ke hadapan sebagai salah seorang daripada dua pemain No1.0 dalam sistem 3-4-2-1 yang diterapkan Ruben Amorim itu -- membuka jaringan untuk United menerusi sepakan penalti selepas Amad Diallo dikasari oleh James Tarkowski.
Barisan asuhan Amorim itu terbang pulang dengan rekod tanpa kalah dalam jelajah AS itu setelah menewaskan West Ham dan Bournemouth sebelum seri pagi tadi, sekali gus menjulang trofi Siri Musim Panas itu walaupun hanya berkongsi satu mata dengan The Toffees.
Bagaimanapun, Fernandes mengkritik persembahan rakan pasukannya sambil menyeru hierarki kelab agar kembali dalam pasaran perpindahan.
"Adalah positif untuk bersama-sama mewujudkan ikatan antara pemain," katanya kepada Sky Sports.
"Adalah penting untuk membangunkan corak permainan sebagaimana yang kami mahukan dan ia juga melibatkan pemain baharu.
"Kami tidak mahu menamatkan dengan cara ini. Persembahan kami bukan yang terbaik dan kami agak malas hari ini.
"Kami mahu mengelak perkara itu kerana dengan kemalasan, anda akan dihukum pada bila-bila masa."

A stunning effort ?
— Manchester United (@ManUtd) August 4, 2025
Watch the highlights from our final #PLSummerSeries match ?⬇️