Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Terpaku! Giliran dua pilihan utama tersingkir

Delhi

Daripada ketinggalan tujuh mata, hingga bangkit terus menewaskan gergasi dunia.

Naib juara edisi lalu, Chen Yu Fei, terpaksa berputih mata apabila tersingkir pada pusingan 16 Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 selepas tumpas di tangan perseorangan wanita dari Thailand, Pornpawee Chochuwong, dalam perlawanan yang berlangsung selama 84 minit.

Bekas pemain nombor satu dunia mengucapkan selamat tinggal usai gagal mencipta kemenangan, sebaliknya terpaku dengan keunggulan pilihan ke-10 kejohanan itu yang melakar kebangkitan sensasi pada penghujung pemainan.

Ini adalah kali pertama sejak 2017 wakil China itu tidak berjaya mara ke suku akhir.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masih kempunan meraih kejuaraan dunia sepanjang kariernya.

Dalam masa sama, satu lagi drama terjadi apabila kejutan berlaku di sektor perseorangan lelaki membabitkan pencabar gelaran, Jonatan Christie, turut mengalami nasib sama terkeluar daripada kejohanan di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India, tersebut.

Lawan di ranking ke-26 dunia, Rasmus Gemke, mara ke peringkat seterusnya menerusi kemenangan memukau rubber set, 11-21, 21-13, 21-18. 

Sebelum ini, dua nama besar iaitu Shi Yu Qi selaku juara bertahan dari China dan naib juara Piala Thomas, Christo Popov, turut terkandas.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video