Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Arsenal sahkan Jurrien Timber perlu berehat panjang rawat cedera lutut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurrien-timber.jpg
Musim baru Arsenal dipalit dengan kecederaan lutut serius dialami pemain baru, Jurrien Timber, yang memerlukan pembedahan.

Pemain kebangsaan Belanda itu berpindah ke Stadium Emirates daripada Ajax musim panas ini tetapi terpaksa dikeluarkan sewaktu penampilan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) -- kemenangan 2-1 ke atas Nottingham Forest hujung minggu lalu.

Timber, 22, dilihat terhincut-hincut sewaktu separuh masa menentang Forest gara-gara terjahan keras Brennan Johnson.

Dia kemudian kembali beraksi dalam babak kedua tetapi hanya bertahan selama lima minit sebelum digantikan oleh Takehiro Tomiyasu

Arsenal, dalam satu kenyataan terbaru, berkata: "Selepas pemeriksaan terperinci dengan penasihat pakar sejak Sabtu lalu, kami mengesahkan bahawa Jurrien mengalami kecederaan anterior cruciate ligament di lutut kanannya.

"Jurrien akan menjalani pembedahan dalam beberapa hari ini dan dia akan berehat untuk jangka yang panjang.

"Sokongan dan kepakaran daripada pasukan perubatan kami dan semua orang di kelab ini akan tertumpu kepada program pemulihan Jurrien dalam memastikan dia pulih sebaiknya dan dapat kembali bermain secepat mungkin."
 
 

Advertisement

Must Watch Video