MANCHESTER UNITED 0 ARSENAL 1
Arsenal kembali ke tangga teratas menjelang minggu terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Manchester United di Old Trafford awal pagi tadi.
Leaondro Trossard muncul penjaring tunggal pada 20 minit terakhir perlawanan itu, di mana Kai Havertz terlebih dahulu memintas hantaran penjaga gol United, Andre Onana, sebelum memberikan umpanan untuk disudahkan pemain Belgium berkenaan.
Dengan kemenangan itu, The Gunners berkelebihan satu mata di atas Manchester City, yang membelasah Fulham 4-0 pada Sabtu lalu dan masih berkelebihan satu perlawanan dalam tangan menjelang aksi menentang Tottenham pada awal pagi Rabu ini, dan ia bermakna, mereka masih berkelebihan untuk mempertahankan gelaran EPL.
City kemudian akan menamatkan musim dengan melayani kunjungan Wast Ham manakala Arsenal pula akan bertandang ke laman Everton.
Dalam pada itu, United, yang tewas 0-4 kepada Crystal Palace minggu lalu, hanya mencatatkan satu kemenangan daripada lapan perlawanan terakhir untuk kekal di tangga kelapan dan ketinggalan tiga mata di belakang Newcastle United dan Chelsea.
Muzaffar Musa
Mon May 13 2024