Liverpool berkelebihan 13 mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas mengatasi Newcastle United 2-0 di Anfield awal pagi tadi, dengan pengurus pasukan, Arne Slot memuji prestasi pasukannya.
Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister mencetak nama selaku penjaring, ketika Liverpool selesa mengawal permainan berdepan pelawat.
Selepas perlawanan baru-baru ini di mana Slot berasakan pasukannya tidak berada pada tahap terbaik, persembahan mereka awal pagi tadi mendapat pujian daripada pengendali The Reds.
"Ini lebih seperti cara kami memenangi perlawanan sebelumnya," kata Slot kepada BBC.
"Sukar menentang Man City [hujung minggu lalu], itu perlawanan yang berbeza. Kemenangan ini lebih seperti bagaimana kami memenangi perlawanan sepanjang musim."
Slot berasakan pasukannya mengambil pengajaran daripada perlawanan baru-baru ini, mempamerkan peningkatan dalam dua perlawanan terakhir ketika mereka memburu kejuaraan liga.
“Kami mendapat banyak pujian selepas perlawanan City tetapi sebelum itu kami mempunyai dua keputusan seri dan bukan perlawanan terbaik menentang Wolves jadi usaha kami mula dipertikai,” katanya.
"Sembilan daripada 10 orang berkata kami akan bekerja lebih keras, ini adalah cabaran yang berbeza kerana orang ramai sangat positif selepas City, yang memerlukan jenis kekuatan mental yang berbeza untuk menghadapi pasukan Newcastle yang sukar beberapa hari kemudian."

Arsenal drop points ?
— Premier League (@premierleague) February 26, 2025
Liverpool take full advantage ?
The gap between the pair is extended to 13 points ↔️ pic.twitter.com/nIBscFZRP2