Skip to main content

Bola Sepak

EPL: 'This is Anfield', kata Guardiola selepas jaringan City dibatalkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pep_guardiola-on-anthony-taylor.jpg
Pep Guardiola keliru dengan keputusan membatalkan gol Phil Foden ketika Manchester City tewas 0-1 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield lewat malam tadi.

Foden kelihatan telah meletakkan pasukan juara bertahan itu di depan pada awal babak kedua selepas memanfaatkan bola muntah yang gagal diselamatkan penjaga gol, Alisson, susulan hantaran Kevin De Bruyne.

Pemain Liverpool kemudian melakukan bantahan kerana mendakwa Fabinho terlebih dahulu dikasari Erling Haaland sebelum jaringan itu terhasil dan walaupun pengadil, Anthony Taylor, membenarkan permainan diteruskan sewaktu insiden itu, dia kemudian mengubah keputusannya selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Lebih menambahkan kekecewaan City apabila Mohamed Salah memperoleh jaringan tunggal perlawanan itu pada minit ke-76, sekali gus mengesahkan kemenangan Liverpool.
 
Guardiola percaya Taylor -- yang membenarkan beberapa aksi fizikal sepanjang perlawanan itu -- telah menunjukkan keputusan yang tidak konsisten apabila membatalkan jaringan Foden dan pengurus City itu juga berasakan keadaan bermain di Anfield telah mempengaruhi keputusan pengadil berkenaan.

Dia berkata kepada Sky Sports: "Pengadil kerap datang kepada jurulaih dan berkata teruskan permainan, teruskan permainan. Terdapat jutaan faul.

"Kemudian, apabila kami menjaringkan gol, dia membuat keputusan bahawa permainan (sepatutnya) tidak boleh diteruskan. Ini Anfield (This is Anfield)."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video