Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Amorim rela turunkan penjaga gol tua berbanding Rashford

1c0be120-dc36-11ef-89d6-e976e4506c48.jpg
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, secara terbuka mengkritik penyerang, Marcus Rashford, yang mempamerkan disiplin teruk dan kurang komitmen dalam sesi latihan.

Amorim menegaskan bahawa dia lebih rela menurunkan jurulatih penjaga gol berusia 63 tahun, Jorge Vital, daripada memilih pemain yang tidak menunjukkan dedikasi penuh.   
 
Rashford telah diketepikan daripada skuad utama sejak Disember lalu, dengan kenyataan bahawa keputusan tersebut dibuat adalah disebabkan oleh sikap Rashford ketika sesi latihan. 

Tidak dinafikan, Rashford memiliki kelebihan dari segi kelincahan di atas padang, namun disiplin dan etika yang dipamerkannya menjadi faktor penentu pemilihan pemain.  

Keputusan ini menimbulkan spekulasi mengenai masa depan Rashford di Old Trafford, dengan beberapa kelab seperti AC Milan, Borussia Dortmund, dan Barcelona dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video