EPL
EPL: Amorim beri pesanan buat Rashford agar berubah demi selamatkan karier
Masa bersabar agaknya sudah habis buat Ruben Amorim apabila dia seakan memberikan kata dua buat penyerang Manchester United, Masrcus Rashford, jika mahu kariernya diselamatkan.
Malah, pengendali berusia 40 tahun itu juga sudah lama tidak menurunkan pemain itu mutakhir ini memandangkan prestasi semasa yang ditunjukkan oleh pemain itu semakin merundum.
Bagi Amorim, pemain itu tidak mempunyai pilhan lain melainkan perlu meningkatkan tahap kualiti permainanya jika mahu kembali beraksi untuk The Red Devils.
Iklan
Pengendali itu menegaskan Manchester United tidak mengancam untuk menyikirkan Rashford, tetapi lebih kepada pemain itu dengan memberikan nasihat yang membina dan mengakui bahawa prestasi kelab itu mungkin akan lebih baik jika Rashford kembali beraksi dengan kualiti yang diharapkan.
🚨 Rúben Amorim: “If Marcus Rashford will change, we are more than happy to have Rashford”.“But we have to set standards. It’s not personal”. pic.twitter.com/cbKPDA1fV8— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 29, 2025
"Pasukan kami akan menjadi lebih baik bersama Rashford. Tetapi dia perlu berubah. Jika dia berubah, kami sangat gembira untuk letakkan pemain berbakat seperti Rashford di dalam pasukan kerana kami perlukannya.
"Dalam keadaan ini, jelas sekali kita perlu tetapkan standard tertentu. Kami menantikan Rashford, sekiranya dia benar-benar mahukannya." Kata Amorim.
Must-Watch Video