Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Alejandro Garnacho bakal tinggalkan Manchester United?

gernacho.jpg
Penyerang muda Manchester United, Alejandro Garnacho, dikhabarkan sedang dirisik beberapa kelab dengan Chelsea dan Borussia Dortmund meletakkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain lincah itu.

Sebelum ini, pengendali kelab itu, Ruben Amorim, turut menjelaskan bahawa pemain berusia 20 itu merupakan tonggak penting buat pasukan serta merupakan kunci utama dalam menggerakkan jentera serangan pasukan itu.



 

"Saya tidak tahu apa akan terjadi. Sehingga jendela perpindahan belum ditutup, pelbagai perkara boleh terjadi.

"Dia merupakan pemain United dan Garnacho sangat penting buat kami hari ini dan saya rasa prestasi dia sedang meningkat setiap hari." katanya.

Untuk rekod, dia telah membuat 118 penampilan buat skuad Utama The Red Devils sejak debut pertamanya pada 2022 dan kini telah menjaringkan 23 gol.

Adakah Garnacho bakal meninggalkan Manchester United? 

Advertisement

Must Watch Video