CHELSEA 1 LEICESTER 0
Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, cukup gembira dengan kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Leicester sambil berkata penyokong tidak faham betapa sukarnya untuk memenangi sebuah perlawanan.
Ia mengancam untuk menjadi petang yang mengecewakan bagi tuan rumah, yang menyaksikan Cole Palmer dalam separuh masa pertama gagal menyempurnakan sepakan penalti Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama.
Tetapi percubaan jarak jauh Marc Cucurella sebaik sejam melewati permainan memastikan kemenangan besar mustahak The Blues untuk memintas Manchester City dalam perebutan slot empat teratas EPL.
Chelsea telah melakar lima kemenangan liga berturut-turut buat kali pertama sejak Disember 2024, tetapi ia bukan satu tugas mudah buat mereka.
Justeru, Maresca yang pernah menguruskan The Foxes sebelum berkelana ke Stamford Bridge mendedahkan bahawa sistem tiga pertahanan Leicester membuatkan barisannya hilang cengkaman dalam pertemuan ini.
"Inilah sebabnya saya sangat gembira pada akhirnya. Mereka memberikan segala-galanya dan sukar dipercayai. Ia (boleh menjadi sesuatu yang) tidak menggembirakan apabila anda bersedia untuk satu perkara, kemudian pihak lawan menerapkan hal yang sama sekali berbeza," katanya kepada Sky Sports.
"Di antara babak pertama dan kedua, kami mencipta cukup peluang untuk memenangi perlawanan. Marc menjaringkan gol yang hebat malah kami mempunyai lebih banyak peluang lagi untuk menjaringkan gol kedua.
“Ia bukan mudah buat pemain-pemain kerana kami perlu menyesuaikan diri dan mereka melakukannya dengan hebat.
"Kadangkala penyokong tidak faham betapa sukarnya untuk memenangi perlawanan.
"Kami mempersiapkan diri yang merangkumi tiga perlawanan terakhir, namun Leicester bermain dengan cara yang berbeza.
"Kami memerlukan pemain ke-12 di tempat sendiri dan kami sememangnya mampu melunaskan hajat itu."

What a strike! ?#CFC | #CHELEI pic.twitter.com/TD5oSliDvm
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 9, 2025