Semangat cekal dan tidak pernah berputus asa menjadi intipati pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Junior Eldstal, setelah dengan bergelut beberapa siri kecederaan sejak tahun lalu sebelum kembali tersenarai dalam kesebelasan utama musim ini.
Karier Eldstal pernah dilihat seakan-akan hampir berakhir apabila dia disahkan mengalami kecederaan dua slip disc di bahagian bawah belakang dan satu slip disc di tulang vertebra bahagian leher.
Pada tahun lalu, dia juga jarang beraksi ekoran masalah hamstring selain pernah mengalami insiden patah hidung apabila berlaga dengan rakan sepasukan, Gary Steven Robbat.
Bagaimanapun, hasil proses pemulihan secara intensif selama beberapa bulan pada awal tahun ini, dia berjaya kembali bersama pasukan.
“Saya telah melalui jalan yang sukar untuk kembali pulih. Saya kerap menjalani latihan bagi memastikan berada pada tahap terbaik untuk kembali beraksi bersama JDT dan negara saya,” katanya.
Ketiadaan Marcos Antonio jelas membuka ruang kepada Eldstal berada dalam kesebelasan utama untuk bergandingan dengan Fadhli Shas di bahagian pertahanan tengah.
Justeru, dia berharap mereka mampu menghadiahkan kejayaan dalam Piala Malaysia kepada Antonio yang kini terpaksa berehat panjang kerana kecederaan lutut.
“Kehilangan khidmat Antonio amat perit untuk kami. Kami berharap dia kembali pulih dan saya berharap dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.”