Pemain Brazil itu telah digantikan selepas mengalami kecederaan soket mata dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika mendahului 1-0 ke atas Tottenham.
Ortega kemudian menggantikannya dan cemerlang menafikan Son Heung-min untuk City mengekalkan pendahuluan tipis ke atas Arsenal di tangga teratas liga, seterusnya melakar kejuaraan keempat berturut-turut dengan menewaskan West Ham lima hari kemudian.
Ortega dipuji atas peranannya dalam kejayaan itu dan artikel yang diterbitkan oleh The Athletic minggu ini mengaitkan Ederson tidak begitu senang dengan pujian sedemikian.
“Saya ingin menjelaskan bahawa laporan yang diterbitkan oleh The Athletic semalam yang merujuk kepada dakwaan ketidakpuasan hati saya terhadap rakan sekerja adalah palsu sama sekali,” tulisnya.
Josko and Eddie ? pic.twitter.com/eaLzaeSfdr
— Manchester City (@ManCity) July 26, 2024
“Hari yang diperkatakan itu tanpa sangsi lagi merupakan salah satu hari paling sukar dalam karier saya. Tulang saya patah hingga menghalang saya daripada bermain di penghujung musim dan akibatnya terlepas untuk mewakili negara saya dalam Copa America .
“Ketika tercedera, satu-satunya perkara yang bermain di dalam fikiran saya ketika itu adalah untuk meneruskan perlawanan, demi mempertahankan City dalam perebutan gelaran.
"Tetapi emosi ketika itu jauh daripada kenyataannya dan ia perkara yang tidak dapat dielakkan. Saya tidak akan dapat beraksi seperti yang dihajati akibat daripada kecederaan, ia menutup terus peluang saya. Saya akan terus fokus untuk menghadapi musim baru."