Skip to main content

Bola Sepak

Dybala yakin Higuain akan temui sentuhan jaringan

25917dybalahiguain.jpg
Penyerang Juventus, Paulo Dybala, memberikan sokongan kepada rakan sepasukannya, Gonzalo Higuain, supaya bertenang dan jaringan gol akan hadir buat dirinya dalam aksi akan datang.

The Bianconeri meraih enam kemenangan berturut-turut sejak pembukaan saingan Serie A musim ini, dengan kemenangan terbaru ke atas Torino 4-0 menyaksikan mereka mendahului takhta liga dengan berkongsi mata dengan Napoli.

Di kala Dybala telah menikmati pembukaan kempen musim ini dengan meledak 10 gol setakat ini, termasuk dua gol ke atas Torino, Higuain hanya mencetak dua gol setakat ini dan digugurkan bagi perlawanan di Allianz Stadium.

Tetapi Dybala percaya rakan senegaranya itu akan berjaya menemui aksi terbaiknya dalam perlawanan akan datang.

"Ia bukanlah waktu yang baik untuk Higuain kerana sebagai seorang penyerang, anda perlu menjaringkan gol," kata Dybala.

"Dia perlu bertenang dan gol akan hadir buat dirinya. Saya turut bergelut untuk menjaringkan pada permulaan musim lepas tetapi selepas anda menemui rentak, ia tidak akan berhenti," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video