Paulo Dybala enggan menolak kemungkinan menyertai Lionel Messi di Barcelona, namun menegaskan dia gembira bersama Juventus.
Pemain kebangsaan Argentina itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Nou Camp ketika jendela perpindahan yang lalu selepas Neymar mengambil keputusan untuk berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG).
Real Madrid turut dilihat berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu, yang menjaringkan tujuh gol dalam empat penampilan musim ini.
Ditanya mengenai kemungkinan menjadi rakan sepasukan Messi pada masa akan datang, Dybala mengatakan, "Dia sudah menjadi rakan sepasukan saya bersama Argentina tetapi buat masa ini, saya gembira berada di Juventus walaupun tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.
"Tiada siapa yang mengatakan apa-apa kepada saya (mengenai bidaan Barca).
"Perkara yang saya tahu ialah saya adalah perancangan jangka masa panjang untuk pasukan dan saya sangat gembira dengan perkara itu."
Dybala diberikan pujian oleh ketua jurulatih, Massimiliano Allegri, sebagai pemain yang mampu mencapai tahap yang sama seperti Messi dan Cristiano Ronaldo pada masa akan datang.
Penyerang itu gembira dengan perbandingan itu dan berazam untuk merealisasikannya.
"Apa yang dikatakan oleh Allegri adalah baik tetapi mereka masih bermain untuk beberapa musim lagi. Saya akan cuba untuk mencapai tahap yang sama secepat mungkin.
"Saya sentiasa cuba untuk bekerja keras dan memperbaiki permainan saya pada setiap masa. Saya memiliki rakan sepasukan yang sangat bagus yang sentiasa membantu saya."