Hantaran terkini penyerang warisan Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mengundang perhatian peminat tempatan selepas memuat naik 'hashtag Ipin' di Instagramnya, baru-baru ini.
Bekas pemain Istanbul Basaksehir itu menyambut baik nama gelaran itu kerana menyerupai satu watak daripada animasi terkemuka negara iaitu Upin Ipin yang ditayangkan di televisyen khas untuk kanak-kanak.
Pada pandangan penyokong, julukan tersebut sesuai dengannya dan peminat mempunyai pilihan untuk memanggil Figueiredo atau lebih mesra, Ipin.
Sebelum ini, tonggak berusia 29 tahun itu digelar 'Botak Padu', merujuk kepada prestasinya dalam penampilan pertama bersama skuad kebangsaan ketika Kelayakan Piala Asia bertemu Vietnam di Bukit Jalil.
Sekarang, Figueiredo menjadi sandaran terhebat juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang turun selaku kesebelasan utama dalam Perlawanan Sumbangsih itu.
Kehadiran pemain itu jelas memperkuat skuad kendalian Xisco Munoz menghadapi saingan domestik Liga Malaysia (Liga-M), termasuk Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Selain tunjang Harimau Selatan, Figueiredo juga aset utama Peter Cklamovski dalam kem negara demi misi ke Arab Saudi 2027.