Skip to main content

Bola Sepak

Dua gol Kane benam West Ham

harry-kane-230917.jpg
WEST HAM 2 TOTTENHAM HOTSPUR 3

Penggempur Tottenham Hotspur, Harry Kane, muncul pemain yang paling banyak melakukan percubaan mengenai tiang gol untuk mengatasi mana-mana 19 pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini. 


Pemain antarabangsa England itu meledak dua jaringan untuk membantu Spurs mencapai kemenangan 3-2 ke atas West Ham sebentar tadi, namun tiang menjadi penghalang untuknya melakar hatrik pada separuh masa kedua -- sebelum gerakan itu disudahkan Christian Eriksen.

Kane sudah menggegar tiang mahupun palang gol lawan sebanyak lima kali musim ini. Begitupun, dia kekal berbisa apabila sudah mengumpul empat gol musim ini susulan prestasi hebat dengan 29 jaringan musim lalu. 

Javier Hernandez merapatkan jurang buat tuan rumah dan mereka meningkatkan usaha untuk merobek gawang Spurs yang kehilangan Serge Aurier di bahagian pertahanan pada pertengahan permainan. 

Begitupun, cemas Spurs kembali reda sebaik wisel penamat ditiupkan berikutan satu gol lagi dicetak West Ham menerusi Cheikhou Kouyate pada penghujung permainan.

 

Advertisement

Must Watch Video