Skip to main content

Bola Sepak

Drogba teruja dengan persembahan Morata

12917alvaro-morata.jpg
Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba, percaya Alvaro Morata sudah mula menyesuaikan diri dan mempamerkan kualiti sebenarnya di Stamford Bridge.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu, yang memilih untuk meninggalkan Real Madrid bagi  bersama Chelsea, telah berjaya menjaringkan tiga gol dan dua bantuan jaringan dalam empat penampilannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan gol pembukaan ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Leicester City, keputusan yang menyaksikan Chelsea hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Manchester United, dan dalam persediaan untuk membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Qarabag.

Drogba, yang menjaringkan 164 gol ketika bersama The Blues, teruja dengan persembahan yang telah dipamerkan oleh Morata sejak menyertai kelab dari London itu.

"Dia menjaringkan gol dan memenangi perlawanan, jadi saya sangat gembira untuk dirinya dan kelab," kata Drogba.

"Saya berharap dia akan mengharungi musim yang baik bersama pasukan."

Advertisement

Must Watch Video