Julian Draxler menjangkakan Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich akan mempamerkan "aksi menakjubkan" dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.
Kedua-dua pasukan meraih kemenangan dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Parc des Princes, dengan PSG memberikan persembahan lima bintang ketika menewaskan Celtic 5-0.
Draxler merupakan pemain gantian dalam perlawanan tersebut tetapi berjaya menghasilkan gandingan yang mantap bersama Neymar, Kylian Mbappe dan Edinson Cavani -- malah menjangkakan PSG akan berada pada tahap terbaik berdepan Bayern.
"Kami akan melakukan persembahan yang cemerlang," katanya. "Saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pertembungan ini.
"Ini merupakan kali pertama saya bertemu Bayern yang mampu memberikan tentangan kepada mereka.
Di sebalik jentera PSG yang menggerunkan, pertahanan Bayern, Joshua Kimmich, tidak tergugat dan bersedia untuk berdepan Neymar.
"Neymar adalah pemain yang terbaik satu-lawan-satu -- ini merupakan satu pertembungan yang saya nantikan," kata Kimmich.