Pengarah AC Milan, Massimiliano Mirabelli, mendedahkan Pierre-Emerick Aubameyang mahu menyertai kelab Serie A itu tetapi Borussia Dortmund enggan menjualnya.
Pemain antarabangsa Gabon itu telah dikaitkan bakal kembali menyertai Milan, kelab yang ditinggalkannya untuk menyertai Saint-Etienne pada 2011, bagaimanapun perpindahannya tidak dapat dimeterai.
Sebaliknya, Milan menandatangani Nikola Kalinic secara pinjaman dari Fiorentina untuk bergandingan dengan penyerang Portugal, Andre Silva.
"Aubameyang adalah seorang pemain yang berkualiti. Dia mahu kembali ke Milan tetapi ia tidak berjaya dilaksanakan," kata Mirabelli.
"Dortmund enggan melepaskan khidmatnya kerana menyedari kualiti yang dimiliki oleh Aubameyang."
Milan telah membawa masuk Leonardo Bonucci, Lucas Biglia, Hakan Calhanoglu, Ricardo Rodriguez, Mateo Musacchio, Andrea Conti, Franck Kessie dan Fabio Borini bagi mengembalikan zaman kegemilangan pasukan.
Kehadiran pemain-pemain baru ini ternyata memberikan impak yang besar, memenangi dua aksi pembukaan Serie A serta melayakkan diri ke saingan Liga Europa musim ini.