Skip to main content

Bola Sepak

Donny van de Beek wira kemenangan Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

donny-van-de-beek.jpg
MAN UTD 1 LYON 0 

Donny van de Beek lega dapat meraikan "detik penting" selepas pemain tengah Manchester United itu kembali daripada kecederaan lutut jangka panjang untuk menjaringkan gol dalam kemenangan pra-musim melalui jaringan tunggalnya ke atas Lyon di Murrayfield.


Pemain antarabangsa Belanda itu tidak beraksi sejak mengalami masalah lutut dalam kemenangan United di Bournemouth pada 3 Januari.

Dia bergelut untuk membuktikan dirinya sejak tiba di Old Trafford dari Ajax -- sempat dibimbing oleh pengurus United, Erik ten Hag --  pada musim panas 2020 dan kini dikaitkan bakal berkelana pada musim panas ini.

"Ia satu perasaan yang sangat bagus. Ia merupakan perlawanan pertama saya selepas enam bulan. Saya tidak perlu memberitahu anda selepas kecederaan seperti itu tentang tempoh sukar daripada segi mental baik saya dan keluarga saya. 

"Untuk berpeluang kembali ke padang adalah hebat dan lebih manis lagi jika anda menjaringkan gol,” katanya kepada MUTV.






“Ia menakjubkan kerana saya telah menantikan detik ini selama berbulan-bulan. Saya tahu ia hanya perlawanan persahabatan tetapi bagi saya ia adalah momen yang besar.”

United bermula garang dengan tiga peluang menarik dalam tempoh lima minit apabila percubaan Antony dinafikan oleh Anthony Lopes sebelum rembatan Amad Diallo tersasar dan satu lagi ditepis oleh penjaga gol Lyon.

Van de Beek antara salah seorang daripada 11 pertukaran yang dibuat ketika rehat dan golnya hadir empat minit kemudian apabila dia melengkapkan hantaran lintang Dan Gore. 

Jonny Evans turut diturunkan dalam separuh masa kedua sejak kembali ke kelab itu menerusi perjanjian jangka pendek. 

Advertisement

Must Watch Video