Skip to main content

Bola Sepak

Dong-hyun yakin dengan taktikal Kelantan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

donghyun6218.jpg
Pemain tengah Kelantan, Do Dong-hyun, berharap taktikal permainan pasukannya mampu memberi keputusan positif untuk pertemuan menentang musuh setempat, Terengganu, dalam Liga Super di Kota Bharu, malam ini.

Ini merupakan musim pertama Dong-hyun dalam liga elit Malaysia selepas semusim beraksi dalam kancah Liga Perdana bersama UiTM FC pada tahun lalu.

Bekas pemain East Bengal itu mengakui terdapat perbezaan, terutama daripada aspek taktikal, dengan Liga Super yang menuntut permainan berpasukan yang tinggi.

"Ia bukan permainan individu. Kami mempunyai taktikal berdepan setiap pasukan, dan ia bergantung bagaimana taktikal digunakan. Itu yang membolehkan kami membuat perbezaan. 

"Saya sukakan taktikal Kelantan dan saya lebih yakin dengan pasukan ini," katanya.

Berusia 24 tahun, pemain dari Korea Selatan itu ditagih untuk membantu jentera serangan Kelantan selaku pemain tengah menyerang.

Pasukan itu juga bakal menyandarkan harapan kepada Cassio Francisco de Jesus yang turut beraksi buat kali pertama dalam Liga Malaysia selepas dua tahun dalam Liga Indonesia.

"Kami percaya kalau bermain di laman sendiri, kami harus menang. Kami juga tahu sukar bermain di luar," kata Jesus.

Advertisement

Must Watch Video