Pemain tengah UiTM FC, Do Dong-hyun, optimis mereka bakal menjadikan PKNP FC sebagai mangsa terbaharu dalam aksi terakhir pusingan pertama Liga Perdana untuk mencipta sejarah beraksi di pentas Piala Malaysia buat kali pertama.
Dong-hyun, yang berasal dari Korea Selatan, menjadi antara watak utama pasukan melalui gandingan ampuh bersama Akanni-Sunday Wasiu, pada musim ini.
Semakin serasi bersama UiTM melalui lapan gol dalam 10 perlawanan, dia berharap sentuhannya terus menjadi untuk mendapatkan tiga mata penting berdepan pasukan di tangga kedua, PKNP, di Stadium UiTM, petang ini.
"Saya percaya apa sahaja kami boleh lakukan di dalam padang kerana kami percaya apabila bekerja keras dalam latihan, kami boleh tunjukkan di dalam perlawanan.
"Kami berlatih dengan gigih dan kami bersedia untuk menunjukkan kepada lawan apa yang kami ada," katanya.
Sementara itu, Mohamad Soffuan Tawil , yang merupakan bekas penjaga gol Kuala Lumpur musim lalu memberi penghargaan kepada UiTM yang sudi mengambil khidmatnya ketika pintu jendela perpindahan hampir ditutup pada awal musim.
Kini, dia bertekad untuk membalas jasa majikannya dengan memastikan UiTM bersaing hebat dalam Liga Perdana serta mampu menjadi pasukan pertama dari institusi pengajian tinggi beraksi dalam Piala Malaysia.
"Sasaran kami adalah untuk beraksi dalam Piala Malaysia dan selepas itu, ia adalah hal kedua.
"Kami akan berusaha untuk mencuba, mungkin menjadi pasukan kedua terbaik. Mana tahu UiTM akan bermain dalam Liga Super tahun depan," katanya.
UiTM kini berada di tangga keempat dalam Liga Perdana manakala PKNP di tangga kedua, lima mata di belakang Negeri Sembilan.
Lima pasukan terbaik dalam liga akan mendapat kelayakan untuk beraksi di pentas Piala Malaysia.