Skip to main content

Bola Sepak

Diaz kekalkan Liverpool dalam perebutan gelaran liga

16463932613598.jpg
Luis Diaz menyelamatkan Liverpool daripada kekalahan di Anfield, selepas membantu pasukannya seri 1-1 dengan Tottenham awal pagi tadi ketika harapan mereka merangkul empat gelaran mula tercalar.

Son Heung-min mengejutkan seluruh stadium di awal separuh masa kedua apabila menyumbat masuk jaringan bagi membenarkan skuad kendalian Antonio Conte mendahului perlawanan.

Ia merupakan jaringan liga yang ke-20 musim ini, dan Liverpool menyedari selain daripada kemenangan akan meletakkan City dalam kedudukan terbaik untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

 

Advertisement

Must Watch Video