PERANCIS 5 PARAGUAY 0

Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, memuji Olivier Giroud yang memberikan respons kepada "musim yang sukar" di Arsenal dengan meledak hatrik pertamanya di pentas antarabangsa, awal pagi tadi.


Pemain berusia 30 tahun itu telah menjaringkan tiga gol ketika membantu pasukan meraih kemenangan 5-0 ke atas Paraguay di Rennes, dengan Moussa Sissoko dan Antoine Griezmann turut berjaya mencetak jaringan.

Ia merupakan hatrik pertama buat Perancis sejak David Trezeguet pada 2000, dan Giroud kini telah meledak 16 gol dalam 16 penampilan buat Les Bleus.

Persembahan mantap Giroud di pentas antarabangsa berterusan walaupun bergelut di Arsenal selepas hanya tampil dalam kesebelasan utama pasukan sebanyak 11 kali buat musim 2016-17.

Deschamps berpuas hati denga gaya bekas penyerang Montpellier itu untuk menutup musim yang mengecewakan dengan terus menyerlah bersama Perancis.

"Dia merupakan penjaring gol terbaik kami, Giroud terus menjaringkan gol buat kami," kata Deschamps.

"Dia memberikan respons yang baik selepas mengharungi musim yang mengecewakan buat dirinya."