Pemain tengah Guinea itu tidak tampil sejak The Reds menang bergaya 7-0 di Crystal Palace pada 19 Disember lalu kerana dibelenggu kecederaan pergelangan kaki sebelum kembali menjalani latihan minggu ini.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, akan memantau situasi anak buahnya itu sebelum pertemuan dengan The Toffees di Anfield, namun pengurus dari Jerman tersebut mengesahkan Fabinho -- yang terlepas kekalahan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Leicester City dan kemenangan Liga Juara-Juara (UCL) ke atas RB Leipzig berikutan masalah otot -- akan terus berehat, ini bermakna ketua pasukan, Jordan Henderson, berkemungkinan sekali lagi bergandingan dengan Ozan Kabak di bahagian pertahanan.
"Semalam Naby mula berlatih bersama pasukan, jadi kami perlu lihat apa yang boleh kami dilakukan," kata Klopp dalam sidang akhbar.
"Fab tidak turun berlatih, begitu yang lain. Tidak ada perkembangan baru.
"Mereka semakin pulih -- Fab, Millie (James Milner) dan Diogo (Jota) tetapi tidak sempat untuk hujung minggu ini."
Klopp juga menjelaskan Keita mungkin akan dipertaruhkan untuk menghadapi bekas kelabnya, Leipzig -- dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) apabila mereka membawa bekalan 2-0 dari Budapest -- selepas pemulihannya diganggu masalah kesihatan.
"Naby mungkin disenaraikan untuk menentang Leipzig tetapi ia tidak masuk akal memandangkan dia hanya sempat berlatih selama dua hari bersama pasukan. Jadi, kami tidak membawanya agar dia dapat membuat persiapan tapi sayangnya Naby tidak berasa sihat dan tidak dapat menjalani latihan selama dua hari ini, "tambahnya.
"Kelmarin dia kembali menyertai kami. Saya belum pasti, tapi kami tidak memaksanya. Sudah tentu berikutan kecederaan yang dialaminya, kami tidak mahu memaksanya berlatih tapi saya lega dia dapat mengikutinya.
"Adakah dia akan beraksi Sabtu ini? Saya tidak tahu. Sekiranya tidak maka adalah lebih baik kami tidak menurunkannya hanya untuk beberapa minit, lebih baik dia menjauhkan diri daripada pasukan dan berlatih dengan rapi.
"Tetapi untuk berada di bangku simpanan bukanlah perkara paling sengit memandangkan dia perlu kembali membiasakan diri dengan keamatan.
"Keputusan saya belum muktamad, tetapi dia sudah tidak tercedera lagi dan kini kami harus memikirkan selama mana dia boleh menikmati permainan."

???? angle of one of our most memorable derby goals ?⚽️ #LIVEVE pic.twitter.com/RUaH9eMiaU
— Liverpool FC (@LFC) February 19, 2021