Keputusan pemilihan jawatankuasa kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyaksikan empat individu mengisi kekosongan jawatan naib presiden badan induk itu bagi penggal 2025 hingga 2029.
Datuk Seri Rosmadi Ismail menganggap kabinet baru FAM mempunyai kekuatan tersendiri menerusi kombinasi muka baru dan lama.
Dia turut menengaskan bahawa semua yang terpilih memiliki pengalaman luas dalam bidang masing-masing sambil berharap kepimpinan kali ini mampu membawa FAM ke arah lebih baik seiring revolusi Harimau Malaya.
"Saya melihat pasukan baru ini mencapai tahap yang diinginkan.
"Kerana gabungan muka baru dan lama seimbang. Semua mempunyai pengalaman dan mampu memikul tugas yang diberikan," katanya di Nadi Weekend.
Rosmadi kekal menjawat posisi tersebut untuk tempoh ketiga berturut-turut setelah berkongsi undi yang sama (17) bersama Datuk Azhar Jamaluddin.
Bekas pemain kebangsaan, Datuk Dollah Salleh, dan Saaran Nadarajah juga memenangi gelaran berkenaan.
"Sama seperti semua penyokong, kami akan bekerja keras memajukan bola sepak negara.
"Pasukan kebangsaan menghadapi penstrukturan. Saya harap ia juga seirama dengan pengurusan baru ini," tambahnya.