Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

De Gea terdesak bukti kemampuan kepada United, Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ddg.jpg
David de Gea akan pulang awal daripada cuti Euro 2020 dalam usahanya untuk mendapatkan semula tempat dalam kesebelasan utama Manchester United.

Penjaga go kelahiran Sepanyol itu menikmati musim panas dalam saingan Kejuaraan Eropah selepas La Roja mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Itali -- namun De Gea tidak beraksi dengan Unai Simon menjadi pilihan utama Luis Enrique.
 

Selepas turut menamatkan saingan domestik di belakang Dean Henderson di United, The Sun melaporkan De Gea terdesak untuk kembali membuktikan kemampuannya kepada kelab dan negara.

Walaupun kesemua pemain yang terlibat dalam Euro diberikan rehat selama tiga minggu, pemain berusia 30 tahun itu memilih untuk kembali selepas hanya dua minggu dan akan berlatih minggu depan bersama United.

 

Advertisement

Must Watch Video