Skip to main content

Bola Sepak

De Bruyne jalani ujian kecergasan sebelum berdepan Liverpool

kevin-de-bruyne_bom4w6m44mzp1m582uvsro7l6.jpg
Perancang Manchester City, Kevin De Bruyne, akan menjalani satu ujian kecergasan terakhir bagi mengetahui sama ada dia bersedia untuk beraksi menjelang pertemuan dengan Liverpool, kata pengurus pasukan, Pep Guardiola.

De Bruyne memulakan saingan musim ini dengan pembedahan di kedua-dua bahagian lutut tetapi tampil buat The Citizens sewaktu tewas di tangan Leicester City baru-baru ini.

Bintang Belgium itu terlepas perlawanan menentang Southampton yang menyaksikan City menang 3-1 dan kini ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Liverpool, sebelum aksi di Etihad awal pagi esok.

Mengakui peluang City cerah untuk mendekatkan diri dengan The Reds, Guardiola bagaimanapun tidak pasti pemain tengah itu mampu membarisi skuadnya esok.

"Dia berlatih semalam tetapi kami perlu melihatnya pagi ini," kata Guardiola.

"Dia semakin baik."

Aksi awal pagi esok dilihat sangat penting bagi mengelakkan Liverpool meraih perbezaan 10 mata tatkala kemenangan bakal mendekatkan City dengan empat mata di belakang Liverpool.

"Realiti kami jelas, ketinggalan tujuh mata, jadi ia bakal menjadi pertemuan kedua musim ini. Banyak mata perlu didapatkan," tambah Guardiola.

"Ia peluang terbaik kami untuk merapatkan jurang mata tetapi fokus kami tetap sama. Semua orang bertanya jika kami kalah tetapi kami cuba mengekalkan corak permainan, memenanginya dan berjuang untuk menjulang trofi liga.

"Lihat, saya tidak boleh membayangkan apa yang berlaku sebelum ini akan terjadi selepas ini. Menang sebelum ini tidak menjamin kemenangan di masa depan. Saya yakin kami mampu menewaskan sesiapa sahaja tetapi mereka juga mampu mengatasi kami. Kami membelasah mereka 5-0 di sini tetapi itu musim lalu.

"Mereka adalah Liverpool. Bersama Manchester United, mereka adalah pasukan terbaik dalam sejarah England. Sudah tentu mereka boleh menewaskan kami dan mereka juga tidak mustahil akan tewas. 

"Liverpool berada di tahap terbaik. Ketika ini, mereka pasukan terbaik di Eropah dengan penuh konsisten tetapi ia akan menjadi peluang kami untuk mendekatkan mata.

"Kami harus fokus dengan apa yang boleh dilakukan untuk memenangi perlawanan. Orang ramai bertanya bagaimana jika kami kalah tetapi apa berlaku kalau kami menang?

"Kami menganalisis, tiga hari kemudian menghadapi aksi Piala FA dan Piala Liga sebelum berdepan Wolverhampton Wanderers dan lihat nanti penghujung musim."
 

Advertisement

Must Watch Video