David de Gea yakin untuk memeterai perjanjian baharu dengan Manchester United sambil menekankan hasratnya untuk menghabiskan baki kariernya di kelab itu.
Kontrak semasa pemain berusia 32 tahun itu akan berakhir di penghujung musim dan walaupun United mempunyai pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi, masih terdapat pertikaian untuk melihatnya mengikat kontrak lebih lama.
De Gea bukan dalam kalangan pemain yang telah mengaktifkan klausa itu awal bulan ini yang menyaksikan United memperbaharui perjanjian Marcus Rashford, Luke Shaw, Diogo Dalot dan Fred, namun pemain kelahiran Sepanyol itu menjangkakan tiada masalah untuk mengikuti langkah serupa.
"Saya sangat tenang. Saya hanya fokus kepada latihan, beraksi sebaik mungkin. Tetapi, yang pasti, ia akan berakhir dengan cara yang baik," katanya kepada Sky Sports.
"Saya berharap untuk kekal di sini sepanjang karier saya. Saya pernah mengatakan bahawa ini adalah kelab saya, saya telah berada di sini bertahun lamanya dan adalah menjadi satu penghormatan besar untuk berada di sini dan saya juga sangat gembira di sini."
Selepas permulaan musim yang perlahan, United mula menyerlah di bawah bimbingan Erik ten Hag apabila belum bolos di tempat sendiri dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada September lalu.
Prestasi di bahagian pertahanan meletakkan kelab itu lima mata di depan Tottenham dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara (UCL) selain mencerminkan peningkatan ketara prestasi mereka berbanding musim lalu.
Justeru, De Gea mengenal pasti semangat berpasukan sebagai titik tolak kebangkitan mereka berbanding musim lalu.
"Kami boleh mengatakan semua orang sudah bersedia, semua orang fokus, semua orang berlatih dengan sangat baik, semua orang menuju ke arah yang sama, jadi mustahak," tambahnya.
"Tidak kira siapa yang diturunkan. Malah, termasuk pemain gantian, tidak kira siapa yang akan dimasukkan, mereka mengerah segala kudrat ketika di atas padang, kami mempunyai semangat berpasukan yang hebat dan bagi saya, adalah bagus untuk melihat pemain beraksi dengan cara ini."

It was that kind of night, @D_DeGea! ?#MUFC || #MUNBOU pic.twitter.com/98lf5BACb8
— Manchester United (@ManUtd) January 3, 2023