Skip to main content

Bola Sepak

David Beckham kini ternak ayam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

b87aca90-28a3-11ef-ae76-0f12f4a13de5.jpg

Siapa sangka, bintang bola sepak dunia, David Beckham kini menceburi bidang penternakan ayam!

Dalam satu hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Beckham merakam dirinya bersama-sama ayam belaannya yang kelihatan cukup bahagia dan sihat.

Video tersebut mencuri perhatian ramai, dengan rata-rata peminat bekas pemain Manchester United itu tidak melepaskan peluang untuk memberikan komen berbaur gurauan.

“Mesti ayam-ayam milik Beckham ini pandai bermain bola sepak!.

“Tak sangka, ayam milik awak pun kelihatan kacak seperti awak!”

Nampaknya, bukan sahaja Beckham yang berjaya memukau hati peminat di atas padang bola, tetapi ayam-ayamnya juga kini menjadi bintang baru di laman sosial.

Siapa tahu, mungkin selepas ini kita akan melihat pasukan bola sepak ayam yang pertama di dunia hasil didikan Beckham!

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video