Danny van de Beek mempertahankan ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire, yang diejek dalam perlawanan persahabatan menentang Crystal Palace sambil memuji persembahan agresif pertahanan England itu.
Maguire diejek sebelum sepak mula dan setiap kali dia menyentuh bola sepanjang separuh masa pertama di Padang Kriket Melbourne, di mana 76,499 penonton hadir menyokong The Red Devils, semalam.
Kapten kelab itu dihujani kritikan selepas United sekadar menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu di tangga keenam selain melepaskan gol terbanyak liga (57) sekali gus mengatasi rekod suram sejak 1978-79 (63).
Maguire diketepikan daripada pasukan sejak menerima ancaman bom pada April lalu malah diejek oleh penyokong kebangsaan sebelum perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast pada Mac lalu.
Pertahanan itu bertindak balas dengan baik terhadap ejekan di Australia dengan mempamerkan aksi bertahan yang mantap dan hampir menjaringkan gol dengan dari jarak 20 ela dalam babak pertama, ia secara tidak langsung membuatkan Van de Beek kagum dengan prestasi yang ditonjolkannya.
“Saya juga terdengar (ejekan itu),” kata pemain tengah tersebut kepada Sky Sports.
"Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi saya fikir jika berdasarkan perlawanan hari ini, Harry bermain dengan sangat baik.
“Dia seorang yang agresif, dia memenangi begitu banyak bola jadi itu bermakna dia mempunyai personaliti yang besar.
"Dia berpengalaman luas jadi saya fikir apa yang dia tunjukkan, prestasinya adalah positif hari ini."
Gol daripada Anthony Martial, Marcus Rashford dan Jadon Sancho memastikan United mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam pra-musim pertama mereka di bawah kendalian Erik ten Hag sekalipun pemain muda, Will Fish, dilayangkan kad merah.
Van de Beek turut mencipta satu bantuan jaringan menarik buat Rashford.
Perlawanan pra-musim membabitkan United yang seterusnya ialah menentang Aston Villa di Perth, Sabtu ini.

Our Reds loved that @Donny_Beek6 assist ?#MUFC || #MUTOUR22 pic.twitter.com/cT0MXXvdiN
— Manchester United (@ManUtd) July 19, 2022