BOLA SEPAK
Daniel azam tebus kekecewaan 2018
Kekecewaan yang dialami tahun lalu memberikan lebih motivasi buat pemain skuad B-22 negara, Muhammad Daniel Amier Norhisham, dalam menghadapi tugasan utama musim ini.
Memasuki hari kedua sesi latihan skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee, Daniel berasa lega melihat persiapan pasukannya, lebih-lebih lagi setelah terlepas aksi Sukan Asia tahun lalu akibat kecederaan.
"Bagi saya, persiapan kali ini lebih rapi kerana ramai pemain yang bersama saya dalam Kejohanan AFC sebelum ini dapat menyertai skuad. Jadi, ia lebih baik berbanding ketika Piala Newspaper di Vietnam sebelum ini," kata Daniel.
Iklan
"Memang saya terkilan dan ia tidak dilupakan apabila digugurkan pada saat-saat akhir menjelang Sukan Asia. Pencapaian yang mereka raih membanggakan, membuatkan saya lebih kecewa.
"Namun, jurulatih di Felda United serta pasukan kebangsaan sentiasa memberi semangat untuk saya berusaha lebih keras," katanya.
Must-Watch Video