EPL
Cubaan kapten Everton 'patahkan' kaki MacAllister tidak berjaya, sekadar dilayang kad kuning
Terjahan penuh kontroversi melibatkan kapten Everton, James Tarkowski terhadap pemain Liverpool, Alexis MacAllister, yang disaksikan seluruh individu di Anfield mencetus suasana kurang senang dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung awal pagi tadi.
Liverpool merekodkan kemenangan 1-0 di laman sendiri, gol Diogo Jota cukup bertindak sebagai pemisah antara dua musuh setempat itu sementara membantu The Reds mendahului carta liga dengan kelebihan 12 mata ke atas Arsenal.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan perlawanan dipenuhi persoalan apabila terjahan keras Tarkowski ke arah kaki MacAllister tidak dilayangkan kad merah oleh pengadil, Sam Barrott, sekadar memberikan kad kuning terhadap pemain yang bersalah sementara insiden tersebut telahpun disemak pegawai VAR, Paul Tierney.
Iklan
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, berkata dia 'tidak terkejut' bahawa pemain pertahanan Everton, James Tarkowski, tidak dilayangkan kad merah kerana terjahan kontroversinya ke atas Alexis Mac Allister dalam derby Merseyside.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai situasi itu kerana begitu ramai orang sudah bercakap mengenainya," kata Slot selepas perlawanan.
"Malah orang yang tidak menyukai Liverpool begitu jelas tentang keputusan yang sepatutnya. Adakah saya terkejut? Tidak."
Must-Watch Video