Skip to main content

Bola Sepak

Crystal Palace tidak sesuai dengan cara De Boer -- Hodgson

royhodgson-cropped_1apyr0jq4mzq912ntrgh373t9z.jpg
Roy Hodgson percaya pemain Crystal Palace tidak mampu mengikuti cara kendalian Frank de Boer tetapi yakin mampu memastikan pasukan itu kekal dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

De Boer dipecat selepas hanya empat perlawanan apabila tewas kesemua aksi tanpa merekodkan sebarag gol -- sekaligus diangkat sebagai permulaan terburuk dalam sejarah liga.

Bekas pengendali England, Hodgson, telah dibawa masuk sebagai pengganti, sekaligus memberi bayangan bersedia meneruskan kecemerlangan Sam Allardyce.

Hodgson, yang telah menyenaraikan trio Palace, Martin Kelly, Andros Townsed dan Wilfied Zaha bersama England sebelum ini, yakin mereka mampu mengikuti corak permainannya.

"Sukar untuk melaksanakan sesuatu strategi jika kamu tidak memiliki pemain yang sesuai untuk melaksanakannya," kata Hodgson menjelang aksi pertamanya menerima kunjungan Southampton di Selhurst Park.

"Saya telah menyaksikan kualiti yang dimiliki Crystal Palace dalam tempoh lima tahun ini, terutama ketika mengendalikan England.

"Mereka telah mempamerkan kemajuan.

"Saya tahu apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan, jadi corak permainan kami perlu mendatangkan kemenangan.

"Terdapat ramai pemain yang telah berada di kelab ini dalam tempoh lama dan menikmati kejayaan memastikan mereka kekal dalam liga utama England.

"Jadi, segala kejayaan yang lalu mampu diteruskan dalam membentuk kemajuan," tambahnya.

 

Advertisement

Must Watch Video