Skip to main content

Bola Sepak

Covid-19: Perlawanan City-Arsenal ditunda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

etihadstadium.jpg
Perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City dan Arsenal terpaksa ditunda berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

City dijadualkan untuk menantikan kunjungan Arsenal di Stadium Etihad awal pagi esok, namun perlawanan itu tidak akan berlangsung seperti yang dirancang.

Keputusan itu diambil berdasarkan nasihat perubatan, "selepas pegawai daripada Arsenal berjumpa dengan Pemilik Olympiacos dan Notingham Forest, Evangelos Marinakis, yang disahkan positif Covid 19".

Dalam satu kenyataan, City berkata: "Manchester City mendoakan kesembuhan segera buat Encik Marinakis dan segala maklumat lanjut mengenai tarikh yang ditetapkan akan menyusul kemudian tetapi penyokong dinasihatkan agar tidak ke Stadium Etihad bagi menyaksikan perlawanan ini."

Arsenal mengesahkan bahawa pemain mereka akan diasingkan selama 14 hari di rumah masing-masing manakala empat pegawai mereka juga akan dikuarantin di rumah sehingga cukup tempoh dua minggu.

Satu lagi pasukan Liga Perdana, Wolves, telah meminta agar perlawanan pusingan 16 menentang Olympiacos awal pagi lusa ditunda selepas Marinakis positif Covid-19 di Greece, namun Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menolak permohonan itu.

Itali merupakan negara selain China yang paling terjejas gara-gara wabak berkenaan dengan Serie A dan kesemua acara sukan di negara itu terpaksa ditangguhkan sehingga 3 April ini.

Ia selepas lebih daripada 10,100 kes dan 600 kematian direkodkan di negara itu.

Lebih 3,000 mangsa terbunuh di China selain enam kematian dan lebih 380 kes dicatatkan di United Kingdom. 

Advertisement

Must Watch Video