Pengendali pasukan, Jurgen Klopp, mengesahkan Philippe Coutinho mungkin sempat untuk kembali berada dalam skuad Liverpool bagi saingan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan
Sevilla.
Pemain kebangsaan Brazil itu masih lagi belum terlibat dalam mana-mana aksi kompetitif bersama Liverpool musim ini selepas mahu meninggalkan pasukan bagi menyertai Barcelona.
Liverpool enggan melepaskan khidmatnya dan Klopp mengesahkan pemain berusia 25 tahun itu semakin hampir untuk kembali membuat penampilan di Anfield.
Coutinho akan turut menerima pasukan yang tewas 5-0 kepada Manchester City semalam, mimpi buruk yang bermula dengan layangan kad merah kepada Sadio Mane pada babak pertama perlawanan.
Bercakap ketika sidang media selepas perlawanan, Klopp ringkas memberikan jawapan "ya" ketika ditanya mengenai Coutinho berada dalam perancangannya bagi aksi pada Rabu ini.
Coutinho diturunkan dua kali sebagai pemain gantian Brazil bagi aksi antarabangsa, dengan membantu pasukan menjaringkan gol ketika meraih kemenangan 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan ke atas Ecuador.
Selain Sevilla, Liverpool diundi dalam Kumpulan E bersama Spartak Moscow dan Maribor.