Skip to main content

Bola Sepak

Coutinho kekal watak utama The Kop

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

coutinhogoal-cropped_vgl3qzk5s5zy1jkx3ebdu0a59.jpg
Kapten Liverpool, Jordan Henderson, menghamburkan pujian buat rakan sepasukan, Philippe Coutinho, selepas pemain dari Brazil itu menampilkan aksi memukau ketika menentang Leicester City, awal pagi tadi.

Liverpool menewaskan Leicester 3-2 dalam perlawanan yang menyaksikan hantaran Coutinho membolehkan Mohamed Salah menjaringkan gol pertama buat skuad kendalian Jurgen Klopp itu sebelum dia sendiri menjaringkan gol hebat menerusi sepakan percuma.

Bagi Henderson, Coutinho telah membuktikan kepada semua pengkritik bahawa Liverpool melakukan tindakan tepat mengekalkannya selepas dia dilaporkan mahu berhijrah ke Barcelona, musim panas lalu.

"Dia adalah pemain hebat, melakukan beberapa perkara yang ajaib di waktu genting dalam sesebuah perlawanan. Anda boleh saksikannya dalam perlawanan tadi (menentang Leicester).

"Aksinya di padang semakin hebat sejak kembali kepada pasukan. Diharapkan Coutinho dapat meneruskan kecemerlangannya itu," kata Henderson.

Dalam masa sama, pemain tengah England itu juga percaya bahawa pasukannya masih berpeluang untuk meningkatkan prestasi selepas menamatkan rentetan empat perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan sebelum ini.

"Kami boleh melakukan sesuatu yang lebih baik dan ruang untuk memperbaiki segala kekurangan sentiasa ada. Kami membuktikannya pada hari ini.

"Saya rasa kami bertahan dengan baik dalam hampir keseluruhan perlawanan, terutama aksi Simon Mignolet yang menggagalkan sepakan penalti Jamie Vardy (penyerang Leicester)."
 

Advertisement

Must Watch Video